Wednesday, June 22, 2011

Boikot Perhimpunan Haram!

Baru-baru ini, Perhimpunan BERSIH hangat digegarkan dan ada berpendapat Perhimpunan BERSIH yang dirancang merupakan jalan singkat pembangkang untuk ke Putrajaya. Penghormatan tidak diberi kepada prinsip demokrasi dan demonstrasi jalanan ini hanya mencetuskan suasana huru- hara yang mempunyai agenda terselindung.

Sekiranya perhimpunan ini mendakwa PRU (Pilihanraya Umum) yang tidak telus dan bersih, mengapa BN masih kalah di 4 negeri.. cuba fikir-fikirkan, adakah terdapat perkara yang tersembunyi mengenai apa yang ingin dicapai pembangkang di sebalik rancangan mengadakan perhimpunan haram itu?

Sistem demokrasi dan sistem sosial di negara-negara luar (Egypt dan Tunsia) amat jauh bezanya dan seharusnya kita di Malaysia bersyukur dapat menjalani hidup dalam suasana baik dan aman

Kita sebagai rakyat boleh mempersoalkan apakah niat sebenar demontrasi haram Bersih 2.0 ini diadakan. Adakah mereka ingin jadikan tarikh 9 Julai ini sebagai “hari rusuhan dan kekacauan” sebagaimana berjayanya teori domino di Asia Barat? Amalan demonstrasi haram Bersih 2.0 sewajarnya ditolak dan wajib diboikot oleh seluruh rakyat !

No comments: